Friday, May 14, 2021

Our little #BabyZNI ~ Introducing #ZayedaNurIrdina

 Assalamualaikum! Salam 3 Syawal semua!

Alhamdulillah. She was #7daysold on 21.apr.2021 bersamaan 9 Ramadhan 1442H. 

Nama diberi Zayeda Nur Irdina binti Mohd Fazreen membawa maksud Kelebihan Cahaya Keberkatan

Semoga dengan kelahirannya di bulan Ramadhan yang lepas membawa seribu satu kelebihan, keberuntungan dan keberkatan kepada kita semua.

Love, #ZayedaNurIrdina first sign-in to #ZNIsisters 

7-days journey of baby #ZayedaNurIrdina in real world!

Alhamdulillah, baby is getting well, sedikit jaundice 7.5 pada hari ke-3 and today's check-up dah turun ke 3.9 dah. Syukur!


Baby masih dalam fasa nk tidur je lagi² siang hari, lepas tu malam mulalah dia nak berkelek je dgn ayah-ibu pulak. Siap berduet dgn (kakak) adik dak #ZarinNurInsyirah yang tiap² malam menggaru. Yang pastinya, semua tidur tak cukup hours kecuali kakak #ZahrahNurIman yang tak hirau apa berlaku malam² dekat adik² dia🤦🏽‍♀️.

.

Alhamdulillah, she is one month old now. On 14.may.2021 #ZayedaNurIrdina turns one.month.old

Alhamdulillah for a blessed 1-month. 


Berat dah naik 1.2kg lebih kuranglah. From 2.84kg, this morning she's weight 4.10kg. Next week baru nk checkup KK, timbang betul² dgn nurse pulak and vaksin for 1month.

Bukan main susah nk tidurkan si kecik ni, kalau nk tidur kena kepit je sampaikan ibunya kena tidur duduk sambil dukung dia. Adoyai.

Redha kena bedung dikala semuorg pun terkurung!

What?? Bedung??? What's that???

Puas tidur siang, malam taknak tidur🤪🤪🤪

Tidur di pelukan ibu konsepnya🥰

Raya pertama dibulan pertama Zayeda


Alhamdulillah, masih dimurahkan rezeki utk BF baby sama macam kakak² #ZNIsisters juga. 



Baby pun ok je minum pakai botol especially time ibu tengah mengurut. So mmg dh start kena pump and buat stock la. At least sekali sehari kena pump jugak sbb baby asyik tidur je kan. Kejut² pun lepas beberapa saat "sumbat" dia lelap balik.


Selamat membesar baby. Doakan baby Zayeda terus membesar dengan sihat dan kuat!🥰🥰🥰

xoxo,

Ibu ZNI


Thursday, May 13, 2021

Salam Aidilfitri 1442H

 Assalamualaikum!

Salam Aidilfitri. Salam PKP. 

Alhamdulillah, dah 3hari pun beraya tahun ni. Raya ke??

Walaupun sehari je terasa raya, disebabkan PKP, again this year semua kena berkurung. 

No ziarah. No rentas daerah mahulun negeri.

Bertabah jela semua ya.




Syukur tahun ni dapat peluang beraya lagi walaupun masih dalam pantang. Masih lagi #TeamRayaPuchong utk tahun ke-3 pulak. Kami memang dh stay in Puchong since before puasa lagi i.e. 2days before delivery the 3rd #ZNIsisters on 14 April 2021 lepas. Fully puasa di Puchong juga. Tinggal angkut baju raya je before PKP start hari tu.

Tahun ni kita join #TeamRayaKelabu pulak. Yg gegirl je beli baju baru, ayahnya ulang siaran baju lama buat ke sekian kalinya. Nantu dh boleh balik join #TeamRayaJohor baru buat baju melayu baru🤪🤪🤪.


Family di Johor pun x complete tanpa kami yang tak dapat nak merentas pulang ke desa ni kan. So haruslah buat collage je gambar² raya bersama. Walaupun jauh di mata tetap dekat dihati.


Macam biasalah kan, nk raya kita buat video dulu. Dengan tema #RayaDalamPantang, digigihkan juga buat video utk content family raya tahun ni. Tahun lepas tema #DuitRayaOnline kan, tahun ni #MagicRaya pulalah.

Ting! Bertukar!

Layan jela kan bagi penyejuk hati yang lara tak dpt balik kampung beraya😊😊😊.

This year pun our first raya berlima dengan kehadiran little #BabyZNI last month. Dah sebulan pun si kecik ni. Dengan dalam pantang ni, susahnya la hai nak bergambo dgn budak² ni. Sabo jela kan, kalau beraya sendiri memang hijau dah mak korang ni.

Sorang sibuk dengan Phone.

Sorang sibuk dengan kuih raya.

Sorang sibuk nak tidur.



Bertabahlah dengan gambar yang tak berapa nak #instaworthy ni kan. Yang penting simpan buat kenangan utk kedua kalinya raya time PKP😄😄😄.

Since #ZNI_RayaMCO2021 boleh raya 1st day je, so gambar first day raya jela kita upload again and again. Utk next 2weeks raya kita ber-ootd dengan sweater jela sampai habis pantang. Salam pagi raya dengan family #TeamRayaPuchong kami. Mostly in grey, but nicely in beautiful and colorful #OOTDraya bersama.

Kakak #ZahrahNurIman dah masuk tahun ke-9 beraya, so dh pandai salam² dan kumpul duit raya. Dak #ZarinNurInsyirah masih blur, org salam dia ikut salam, org dpt angpaw dia oun hukur tangan minta angpaw jugak. Baby #ZayedaNurIrdina sedap tidur dalam bedung jela🤪🤪🤪.

Sekian cerita raya tahun ini🥰🥰🥰

SELAMAT HARI RAYA!

JOM teruskan berpantang💯💯💯

Dah nak masuk sebulan ni, berpantang pun xrupa berpantang dah. Nasib ler!

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, April 18, 2021

Delivery of Baby #ZNIjunior

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Alhamdulillah! Syukur!

Much more love comes this Ramadhan. Baby #ZNIjunior among other baby Ramadhan safely delivered on Wednesday, 14 April 2021 cum 2 Ramadhan 1442H. Syukur, dapat jugak sehari berpuasa tahun ni, maka bertabahlah yer nak ganti puasa nnt. Akan ku paksa #AyahZNI ganti sekali sebab dia buat hal jugak, tido time #IbuZNI tengah layan sakit😌😌😌.

.

Journey to  deliver #babyZ #ZNIjunior 90hours ago.

.

Rabu, 14.apr.2021 seperti dijadualkan, serah diri ke Hospital Pakar AnNur, Bangi at 830 pagi, untuk urusan pendaftaran dll. #ZNIsisters duduk rumah Atuk-Umi sementara ibu dan ayah kat hospital. Alhamdulillah, yang paling dirisaukan dak #ZarinNurInsyirah yang tak pernah terpisah dgn ayah ibu especially malam² kan. Pagi² time nak keluar rumah tula dia bangun tidur pulak, so kena divert her attention, minta atuk bwk ke kedai. Nasib baik kakak #ZahrahNurIman pandai pujuk adiknya👏👏👏.

.

Sampai hospital, settlekan registration about 15min dapatlah check in bilik. Bilik single standard lengkap dgn sofa and kerusi, terus salin uniform utk next 2d1n di situ. Pagi tu masih puasa lagi sebab belum ada kelur tanda² nak bersalin so puasa jela dulu awal² tu. Pukul 1030 Dr. Yuli datang visit, check bukaan baru 2cm, so simulate bagi buka jalan dan start induce for delivery. First time induce cara doktor kali ni (tak ingat nama ubat) utk lembutkan cervix. Lepas dimasukkan ubat ni, kena bed rest for 1hour, check baby's heart beat, and after that doktor suruh start tawaf utk buka jalan lebih cepat. Doktor suruh makan utk dptkan energy utk bersalin, so bertabahlah kita yer dpt sehari je puasa Ramadhan kali ni😌😌😌.

.

Sejam lepas berehat di katil (sempatlah lelapkan sekejap mata) maka bermulalah episod tawaf. That time dah start rasa contraction lebih kerap, time bed rest tu dlm 10min dh rasa constant mild contraction, time tawaf satu bilik tu, sambil² berborak dgn #AyahZNI contraction dari 10min dan bertukar 5min sekali, tawaf 7pusingan, duduk rehat kejap, sambung balik tawaf. Dlm masa 2jam tu contraction dah makin kerap tp boleh bertahan lagi lah sambil borak² tu. Solat zuhur, lunch sementara tggu doktor melawat lagi pukul 2.30ptg.

.

Bila doktor datang check ptg tu dah 5cm dah bukaan cervix hasil tawaf dalam wad. Good progress katanya! Walhal kita ni bertabah je tahan sakit kan, tp dikuatkan jugak utk berjalan semata² nak bagi proses bersalin cepat dan lancar. Since dah 5cm, doktor suruh siap² utk masuk LR pulak. Macam biasalah sebelum masuk LR kena "sumbat" dulu utk buang air besar pulak. Tukar uniform LR dulu baru ke LR😅😅😅.

.

Around 330 ptg tu dah masuk LR, makin nervous dibuatnya. Time ni contraction dah less than 5min and dlm LR dh start pasang machine utk check CTG tu, so xdptlah nk tawaf LR pulak. But, stop kejap mesin tu utk solat asar dan ke toilet siap² utk shishi (dgn hrapan xnak pasang tiub utk kencing sebelum bersalin). Lepas solat asar tu mmg sakit dia dh start "menyakitkan" dan rasa mcm "ni mesti dh 8cm ni sakitnya" kan. Bila doktor dtg LR dalam pukul 5.00 ptg sekali check bukaan bru 6cm. Me like frustrated jugaklah sbb rasa mcm dh sakit sgt dah time tu. Masa tu jugak doktor pecahkan air ketuban dan "sedut" urin dari kantungnya. Syukur, tak seperit time tiub dimasukkn masa nak deliver dak Zarin. Maybe sbb kli ni doktor yg buat kot, sblm ni nurse buat mmg sakit giler sbb xjumpa "jalan" rasanya. Lepas doktor dh siap² semua tu dia tenagkan and bgtau inshaaAllah dalam masa 1-3jam settle la prosess ni, depends pada situasi. Time dgr 3 jam tu mcm "what?? Lama lagi nk tahan sakit ni ke??" Terus rasa mcm kenapa bulan skrg doktor🥺🥺🥺.

.

Tempoh 1-1.5jam sebelum deliver tu mmg kritikal sgt rasanya. Sakit xleh tahan dah, bermulalah episod mengurut kaki by En. Suami. Serba tak kena dah time ni. Tiap kali contraction, pemegang² katil tu jadi mangsa, ditarik sekuat hati utk support sakit yang dirasa. Sakit yang amat. Dh bgtau nurse pun sakit sgt ni mcm nk meneran je tiap kali sakit tu. Nurse check bukaan dah 8cm dah rupanya, patutlah sakit sgt. Sebelum tu mmg dah minta ubat tahan sakit, siap ckp kat husband, "apa ubat ni tak function ke? Nyesal tak amek epidural!" (Ini ayat copy paste setiap kali sakit beranak ok). Nurse 2org dah prepare mcm² utk deliver. Rasanya dlm masa terdekat tu mmg akan beranaklah. Tapi rasanya mmg cepat je prosess nk tggu 10cm tu, lepas beberapa kali bgtau nurse nk meneran, kali kedua nurse check dh fully dilated, and dah nampak kepala baby ni, terus panggil doktor (dlm hati cepatlah doktor tak sabo nk teran ni, padahal teknik meneran yg doktor bgtau tadi pun dah lupa dibuat sakit contraction ni).

.

Alhamdulillah, lepas beberapa kali push, akhirnya keluarlah si kecik dgn kepala berdiameter 33cm ni keluar. Jenuh aih nak keluarkan dia walaupun berat 2.84kg (je) kan (yela, compare tu dak Zarin yg lebih 3kg tu). Dpt "good" dari doktor sbb teran dgn cara yang betul. Syukur, 1st degree tear (saje) kata doktor..huhu..tp sakitnya sama aje dong!

.

After freshly delivered, doktor letak baby kat atas dada ibu, peluk kuat sementara doktor nak gunting tali pusat tu. Siap potong (ayahnya tolong potong) doktor tunjuk gender baby, terus bersihkan utk diazankan. Time tu mmg dah lalok terus kesan ubat tahan sakit tu. Doktor ckp pun mamai² je rasa time tu angguk² geleng² jela yg mampu. Sambil doktor jahit tu, sempatlah lelapkan mata kejap. Settle urusan doktor betul² sebelum maghrib. Masuk je waktu tu, makan dari dalam wad dibawa masuk ke LR utk ayahnya berbuka puasa sekali dgn ibu makan kumpul tenaga balik. Mmg xde selera dh time tu sbb rasa mengantuk lagi kuat dari rasa lapar. So dpt 3-4suap nasi tomato pun jadilah buat alas perut dari masuk angin. Yang lain² ayahnya makan buat berbuka. Alhamdulillah kenyang dah tu, nurse siap bagi air lemon tea dgn kuih muih sumbangan diorg sendiri. Syukur!

.

Sambung tido dlm LR dlm 2jam jugak rasanya, lepas isyak tu baru turun wad balik dgn wheelchair and baju pun dah tukar uniform. Sampai² bilik ada banner "Baby Girl" digantung, so sweet la nurses ni! 😍😍😍.

.

Dah masuk ward time tu baru ok sikit lalok dh kurang, boleh tgk phone, berderet mesej masuk dari families and officemates (yela kami husband wife cum officemate so bila husband inform geng² dia kiranya satu office dh tau lah kami dh deliver new baby girl). Husband keluar kejap lepas solat tu cari makanan utk sahur esok, so rehat sementara tggu baby dtg wad. Mlm tu baby tido sekali dlm wad kami, elok behave je dia tu, good girl! Kul4 pagi nurse ambil balik utk lain² treatment baby. Ayahnya bangun sahur 10min sebelum waktu subuh (siap kejut kita pulak ajak sahur🤦🏽‍♀️). Nasib baik sempat makan nasi beli smlm tu, makan xkunyah la tu rasanya😂😂😂.

.

Alhamdulillah, everything goes well, boleh discharge dah on Thursday, 15.apr.2021 tu, tp petang² sikitlah baru discharge sbb nak settlekan GL kemas² semua. Dalam asar tu sampai rumah kakak² excited tgk baby baru. Si kecik dak Zarin mcm blur² sikit, lepas nmpk ibu dgn baby, dia dtg kejap² je lepas tu masuk bilik atuk/umi dia balik (masih terkejut agaknya). Tp lepas tu ok lah, siap bukan main kuat dia bercakap kat kepala baby😁😁😁.

.

Ok lah, settle cerita proses delivery. Nanti sambung pasal baby #ZNIjunior pulak ya.

.

Till next entry...

Daaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

Wednesday, March 31, 2021

Awaiting for #ZNIjunior 2.0

 Assalamualaikum & Salam Weekend!

Alhamdulillah, dah nak habis bulan March 2021 barulah rasa nak update blog yang sudah mula bersawang ni. Apo? Busy nau nau sgt kan, maklumlah dah nak cuti panjang ni, mmg kena pulun layan kerja ofis la kan.

Now, ibu dah 37weeks plus dah pun. Pejam celik pejam celik xsampai 3minggu lagi inshaaAllah lahirlah baby #ZNIjunior 2.0 nanti. Alhamdulillah, masih lagi sihat, boleh buat kerja ofis buat kerja rumah je kadang² je rajin sebab dah busy #wfh kan 😂😂😂.

Next week ada check-up lagi dengan gynae, plus maybe kena buat covid test dah sbb bila² masa boleh bersalin dh kan even though previous born #ZNIsisters at Week 40 je. So kenalah tunggu apa kata doktor nanti, rahim dah ready to deliver ke belum, but last week baby mmg dh kat bawah cuma rahim belum "matang" lagi katanya. Skrg ni dh start rasa mild contraction kadang² tu tgh tgk tv, buat kerja ofis, tetibe rasa mcm senggugut tu kan..huhu..seriau pulak bila fikirkan sakitnya nak beranak tu kan. Tapi, doa²lah moga Allah bantu kurangkan kesakitan dan permudahkan urusan melahirkan nanti. InshaaAllah🥰🥰🥰.

Persiapan nk sambut baby pulak Alhamdulillah complete dah rasanya. Tapi tula, bila godek² shopee lazada ke lagi² time 1.1 ▶️ 2.2 ▶️ 3.3 ▶️ 4.4 mesti ada je benda ditambah kan. Latest today, saje² je menambah barang walaupun xde direct kaitan utk baby (konon²nya nak bagi present kat kakak² baby nnt lepas lahir). Apa² jela alasan kan, layankan jela bosan² duduk rumah itu jela yang dibuat. Shopping. Makan. 

Antara yang awal dibeli sebab belikan botol susu dak Zarin, so beli set newborn je terus. Botol besar Zarin punya, botol kecik baby punya. Puting beli lebih sikit
😊😊😊

Set breastfeeding ni semua recycle dak Zarin punya. Alhamdulillah breastpump and botol² tu semua okay lagi, "cantik" lagilah rupanya sebab baru 3thn kan. So beli b/milk storage bag jela buat tambahan stok susu utk baby nanti. Hopefully boleh fully breastfeed baby at least sampai 2 tahun la kan. Aminnn.

Dah beli botol semua kenalah beli pencuci jugak kan. Sebelum ni pakai pureen dll tak ingat. Kali ni pakai pigeon je senang, detergent baju pun pakai pigeon. Tapi kocik jo botol tu rupanya🥺🥺🥺

Ini pun antara yang awal beli dan banyak pulak jadinya..beli konon²nya sikit² tp byk brands, sudahnya ada 25pcs wet wipes yg 80-100sheets tu, selain yang kecik² 10-30sheets. Tapi xpelah, memang guna banyak pun nnt, so xyahlah selalu jenguk shopee tu (tapi jgn percaya iols x jenguk yer😂😂😂)

Barang² mandian baby pulak. Stick to this nature-based products for now. Ada jugak beli travel set from Joielle and Tropika jugak. Senang pakai yang sama tak macam sebelum ni macam² dibelinya! 😂

For bedding and baju² tak banyak sangat beli baru. To recycle yg lama punya je, tambah 3helai baju dan sarung cadar/tilam je bagi refresh sikit view tu (nak jugal beli kan!)

Hah, sikit je kan baju 3 pasang, mittens 3pasang but leggings/tights berpasang² sebab yg lama dh longgar dilenjan dak Zarin😅😅😅

Minyak² angin utk ibu pulak. Segala jenis minyak dibelinya dgn harapan #RoadTo40kg konon²nya. Semua dh masuk beg/kotak konon² dah siap packing nak sambut baby, tapi now lenguh² kaki dh xde minyak. Adoyai!😊😊

Ini travel kit pulak utk guna time travel.

Siap pun packing #HospitalBag utk ayah, ibu dan baby. Utk #ZNIsisters belum pack lagi. Nanti pack sekali utk balik kampung berpantang jela. Sekali jalan (penat) konsepnya!

Last but not least, set pengurusan uri sekali dengan tembikar, dapat free tuam baby. 

Rasanya lengkap dah kot yg essentials. Yang lain² tak berapa nk penting tu xyah ler upload sini. Lagho je tuh! Takyah ikut..beli keperluan shj ya, yang kehendak tu semua ikutlah kemampuan masing² ya.

Doakan #IbuZNI dipermudahkan urusan utk bersalin nnt dan selamat melahirkan baby yang sihat, sempurna dan selamat. Aminnnn..

 Till next entry ya...

Daaaaaa...

xoxo,

Ibu ZNI

Sunday, February 7, 2021

#ZahrahAtSchool - Our 1st experiences on OnlineClass & HomeSchool

 Assalamualaikum!

Hai, see ya! Cuti² weekend ni, nak keluar ke mana tak boleh kan. Duduk rumah, makan tengok tv jela nampaknya. Nak buka kerja cuti² ni tak berapa nak rajinlah kan😝😝😝.

.

So, kali ni nak cerita pasal #ZahrahAtSchool walaupun hanyalah #HomeSchooling aka #OnlineClass sahaja. Since 1st week of April 2020 #ZahrahNurIman dah start Online Class, so Muallim/Muallimah #ZahrahAtSchool akan upload video P&P di FB utk pembelajaran anak² di rumah.

Alhamdulillah, ada la jugak aktiviti kakak kat rumah bila ayah ibu sibuk #WFH kan. Tp kelas dia sekejap je pun. Pagi satu subjek, petang satu subjek. Takdelah stress mcm pakcik viral marah anak dia byk homework tu. Haish la pakcik, kalau xnk homework, buatlah homeschooling, sukahati pakciklah nak bg homework byk ke sikit ke kan 🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️🤦🏽‍♀️








Alhamdulillah, lepas beberapa bulan ber-online, akhirnya boleh balik ke sekolah semula dengan beberapa SOP baru diperkenalkan. Antaranya, sistem kad matrik ni la. 


Konon²nya buat byk copy sebab senang in case tercicir ke tertinggal ke (kalau tertingal kira absent), so letaklah kt dlm kereta, handbag, bag sekolah standby selain yang ada kat landyard. Malangnya, rupanya barcode tu xbagi access on utk photocopied card, so kenalah beli asing original kad (membazir dah gambar² tu..huhu). Xpelah, nk buat macam mana kan, dah itu rules sekolah kan. Follow jela!

Back to ZahrahAtSchool story, selain tugas²an Muallim/Muallimah, ada jugak tugasan dari CikguIbu jugak.

Hafazan: Sifir 1-5.

Setiap kali nk call sepupu, kakak #ZahrahNurIman kena hafal sifir dulu ya. Ingat walaupun homework #ZahrahAtSchool on daily basis, buat kuiz je, masih still kena homescho dgn ibu musim #ZNI_PerintahKawalanPergerakan ni ya. Nasiblah ibumu obses dgn Matematik🤪🤪🤪

Bila kena PKPB2.0 in Oct20 lepas, maka kena lah sambung online class lagi utk the remaining months in 2020. Actually for Oct20 jela sbb Nov20 tu dah start latihan pengukuhan utk compilation markah anak² sekolah utk tahun 2020.


Antara tugasan² di akhir tahun 2020. Muallim suruh cari makanan/minuman yang ada kat rumah, dan jawikan ejaan barang² tu semua. Rather than amek gambar barang je, ibu suruh Zahrah melaram sekali so xdelah boring sgt kan.


So ini hasilnya! Bila hantar di FB kelas, tulis nama siap² on doc yang dak Zahrah dah siapkan😊😊😊

Alhamdulillah!
Settled persekolahan Tahun 2 ZahrahNurIman pada tahun 2020 lepas. Ada la peningkatan dari tahun lepas (maybe sebab xde exam betul² kot😝).

Tahun 2021 ni pulak, dah Tahun 3 dah. Last year for Tahap 1. Tahun depan dah masuk Tahap 2, no more main² yer. Harap² boleh lah fokus sesi PdP kat sekolah nanti.

Preparation for #ZahrahAtSchool Tahun 3 pulak, biasa² je sebab Covid19.masih lagi melanda kan. Sampai sekarang kasut semua tak beli lagi. Tunggulah betul² masuk sekolah nnt baru beli kasut dll yang masih pending tu. Beg and stationaries pun tersimpan rapi dalam box lagi. Baju² pun masih dlm storage, lepas basuh aritu lipat je malas nak iron dulu. Kang penat iron xdpt pakai lagi jugak kan

😂😂😂



✅ Sampul buku² done. Pakai sticker nama lama jela.

✅ Baju uniform sekolah done, tggu nk singkatkan sikit.

✅ Beg sekolah hadiah birthday je.

❌ Kasut sekolah tggu dekat² nk sekolah baru beli.

❌ Tambahan tudung, track suit and stokin kemudian.

.

Apalah nasib sekolah tahun 2021 ni kan..sama²lah kita berdoa semoga semuanya dipermudahkan utk anak², cikgu² dan ibubapa² semua.

Last but not least, keep on fighting against Covid19 ya. Semoga kita dan anak² serta family kita dpt melalui kehidupan normal seperti selalu. Amin.

Till next entry ya...

Daaaaaa....

xoxo,

Ibu ZNI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...